Notis ZCA 101/3 (mekanik)

 

1.       Soalan tutorial bagi bab 5 – 8 telah diupload ke laman web kursus di http://www.usm.my/phy/tlyoon/teaching/ZCA101/assignment.htm. Sila berlatih dengan soalan-soalan ini.

2.       Keputusan ujian I, II telah diupload ke laman web kursus di http://www.usm.my/phy/tlyoon/teaching/ZCA101/coursework.htm. Sila semaknya melalui internet.

3.       Kertas soalan peperiksaan telah siap. Formatnya: 40 soalan objektif + 4 soalan struktur panjang, semua ini kena disiapkan dalam 3 jam. Soalan-soalan ini mementingkan konsep, dan secara amnya bukan mudah bagi mereka yang tak faham konsep.

4.       Memandangkan keputusan ujian I dan II kelas adalah lemah, 3 “tips” untuk penyediakan peperiksaan adalah disarankan di sini:

Saranan pertama: Buat seberapa banyak latihan yang mungkin

Saranan keduan:  Buat seberapa banyak latihan yang mungkin

Saranan ketiga:    Buat seberapa banyak latihan yang mungkin

Anda boleh berlatih dengan soalan-soalan daripada punca-punca seperti (i) Ujian I,II; (ii) Tutorial (iii) Soalan tahun lepas (iv) Buku teks (v) contoh-contoh jawapan daripada buku-buku rujukan (pergi ke perpustakaan!!). Ini adalah teguran tulus iklas daripada saya.

     

Oleh Yoon Tiem Leong, 25 Ogos 2004